Bantahan awal batal permohonan qazaf Anwar 14 April
10/03/2010 1:07pm
KUALA LUMPUR 10 Mac – Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan sama ada bantahan awal pihak responden untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf dibenarkan atau sebaliknya.
Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu.
Beliau menamakan Shamsuddin; Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Pada 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut. – Utusan
Tidak mengenal siapa orang itu..samada MENTERI ATAU KETUA PENGARAH jika tolah Qazaf bermaksud mereka tolak hukum Allah....
ReplyDeleteAdakah manusia seperti ini hendak dijadikan pemimpin?..TEPUK DADA TANYA IMAN.