Siapa Artis Terlibat Menjadi Ahli MLM Tertipu.. Bonus Yang Dijanjikan Tak Kunjung Tiba....

PENYANYI, Dafi atau nama sebenar, Gadaffi Ismail Sabri mengaku namanya menjadi busuk apabila turut dikaitkan sebagai individu yang berkomplot mengguna popularitinya dalam sebuah syarikat jualan langsung kononnnya untuk menipu orang ramai.

"Secara tidak langsung, nama saya busuk juga. Tapi jika tidak bersalah, jadi saya tak perlu takut apa-apalah.

"Ia berkemungkinan persepsi yang salah, atau spekulasi liar daripada orang tertentu yang busuk hati," katanya kepada MStar Online.

Dafi memberitahu, dia tidak perlu berasa takut kerana syarikat itu mempunyai lesen yang sah. Jelasnya, Power Impian ialah anak syarikat Kumpulan Power Root, sebuah syarikat yang disenarai awam.

"Oleh itu, kemungkinan untuk menipu orang lain tidak wujud," katanya. Tambah Dafi, Rosyam Nor Grup (RNG) menyokong Power Impian, yang berdiri di bawah Kumpulan Power Root, dalam menjalankan aktiviti perniagaan jualan langsung (MLM) menerusi produk kesihatan yang memerlukan setiap ahli membayar RM1,160 ($499) sebagai yuran.

Sehubungan itu, dia tidak terfikir ingin menarik diri daripada menjalankan bisnes perniagaan ala perniagaan jualan langsung (MLM) tersebut. "Kalau tarik diri, ia menampakkan seolah-olah saya bersalah, padahal kami memang tak bersalah.

"Saya tak perlu tarik diri kerana apa yang kita buat bukan sesuatu yang salah," tegasnya. Ditanya sama ada dia tidak takut dijadikan sasaran selepas Rosyam, Dafi berkata, dia tidak dapat menghalang orang lain daripada mencetuskan kontroversi.

"Takut, takut juga. Saya jangka jika saya tidak melakukan sesuatu yang salah, saya tidak perlu berasa takut," katanya.

Pada 22 Jun lalu, pelakon yang juga Duta Power Root, Rosyam Nor menafikan beliau cuba menipu ahli yang berdaftar di bawah RNG.

Rosyam menjelaskan, RNG sebenarnya akan membayar bonus pada setiap dua minggu tetapi bonus itu pula berdasarkan kemasukan ahli baru. Artis-artis lain yang terlibat menyertai perniagaan itu termasuk bekas peserta Akademi Fantasia, Farah, AC Mizal, dan Zed Zaidi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.