Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan. Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu. Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu. Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam. “Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR. “Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta,” katanya. Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda. “Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilandan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan,” katanya. | |||
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan10 hours ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 05
(19)
- PR Perlu Tawan Putra Jaya! Inilah Jawapan Penyeles...
- Belum Apa2 Dah Kata Huru Hara : Sistem Komputer Bo...
- Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang
- Suara Keadilan Akan Diterbitkan Seperti Biasa..
- Ada Video: Khairy Nak Bantu Polis Untuk Tangkap Ra...
- Mimpi Ngeri Untuk BN Hadapi PRU 13 - PI Bala, Raja...
- "Suara Perkasa" Pencetak pun Takut? Menteri Hanya ...
- Model Zahnita Disaman Gulatis RM30 juta
- Pengerusi UMNO Kedah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat:...
- Kerajaan Zionis Israel 'Tidak akan mohon maaf' : I...
- Pakatan lancar sayap global, yakin menang PRU terg...
- Editor risau ejaan ‘bangkrap’ tapi saman Felda kun...
- Tiga maut selepas lelaki Denmark buat pusingan U
- Pakatan Rakyat Failkan Usul Tergempar Permit Suara...
- Bekas Timbalan Menteri Tanah & Pembangunan Koperas...
- Syeikh Yusuf al-Qaradawi akan menyertai Armada Keb...
- KPN Arah Siasatan Segera Penajaan PKR Terhadap RPK...
- Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?...
- Siapa Artis Terlibat Menjadi Ahli MLM Tertipu.. Bo...
-
▼
Jul 05
(19)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment