Teoh Sedar Sebelum Jatuh: Pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis

Pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis mula memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock dengan berkata kecederaan pada tubuh pembantu khas DAP itu konsisten dengan kejatuhan dari tingkat tinggi.

Beliau

juga berkata Teoh sedar sepenuhnya sebelum jatuh.

Beliau mengemukakan laporan bedah siasat yang bertarikh 16 Disember dan berkata pemerhatiannya mendapati tiada tanda-tanda kecederaan diri sendiri seperti luka ataupun suntikan di tubuh mangsa.

Mayat Teoh dijumpai di verandah tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu ketika beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Selangor.

Mengenai kecederaan di leher mangsa, Vanezis berkata beliau tidak dapat menentukan sama ada ia akibat daripada dicekik, tercekik tetapi percaya Teoh sedar sebelum jatuh.

SPRM membawa Vanezis untuk memantau perjalanan bedah siasat kedua ke atas Teoh dan memberikan pandangan balasnya. Beliau melawat tempat kejadian pada 23 Nov lalu, iaitu sehari selepas bedah siasat dijanlankan.

Ketika memberi penerangan pagi tadi, pakar dari Britain itu berkata beliau memiliki kelulusan tertinggi dalam kecederaan, khususnya di leher dan pernah memberi keterangan semasa inkues Puteri Diana.

Koroner juga hari ini akan menentukan sama ada untuk menerima permohonan menghina mahkamah yang dibuat oleh keluarga Teoh ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.