SEJAUH manakah kemantapan dan keakraban parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Hubungan ini sering kali dipersoalkan oleh pihak UBN tetapi dinafi keras oleh Pakatan Rakyat. Apabila ada pemimpin UBN mengatakan ikatan Pakatan Rakyat longgar, caca merba atau tidak kukuh, maka pemimpin Pakatan Rakyat akan menafikan sekeras-kerasnya. Mereka akan mengatakan tuduhan itu sengaja untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Dari apa yang dapat disaksikan malam tadi, ternyata apa yang dikatakan itu benar. Bahawa setia kawan dan keakraban kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tidak begitu padu dan kukuh. Kepaduan mereka tidak sampai ke tulang hitam. Kepada saya persahabatan dalam PKR adalah persahabatan 'serba salah'.
Malam semalam semasa PKR membawa para pendokongnya ke mini stadium untuk menenangkan perasaan selepas kalah, tidak ada seorang pun pemimpin Pas di pentas ataupun turut tampil dalam upacara itu. Ke mana mereka? Ataupun media massa tersalah lapor? Harap mana-mana pemimpin Pas yang turut berada di petas atau dalam mini stadium tetapi tidak terjangku oleh wartawan dapat memaklumkan kepada saya untuk tidak mneimbulkan fitnah mengenai hal ini.
Beberapa berita yang dibaca baik cetak atau protal di internet tidak menyebut seorang pun nama pemimpin Pas di pentas mini stadium itu selepas kekalahana itu. Kenapa? Kenapa? yang ada ialah pemimpin PKR, dan DAP. Antara pemimpin PKR yang ada ialah Mohamad Azmin Ali, Sivarasah, Norida Kamaruddin dan Fauziah Salleh. Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Mungkin tidak perlu semua perlu berada di mini stadium itu. Tetapi cukup kalau seorang pemimpin tertinggi mewakili Pas sebagai menandakan bahawa Pas juga turut bersimpati dengan kekalahan calon PKR. Benar Zaid bukan calon Pas, tetapi Pas kena ingat Zaid adalah calon Pakatan Rakyat.
Mungkin Mursyidul Pas Nik Abdul Aziz tidak perlu hadir kerana beliau uzur. Begitu juga dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Tetapi pemimpin seperti Nasharudin Mat Isa, Sallahuddin Ayub yang sihat belia harus ada di pentas kekalahan. Jangan hanya menanti dan menunggu masa untuk panjat pentas kemenangan saja. Anda harus menunjukkan semangat setia kawan dan sikap gentlemen yang tinggi. Malu kepada Lim Kit Siang dan tirulah perangai dia berpolitik.
Saya berani menegaskan kalau Zaid menang akan berbaris orang Pas berebut kerusi untuk duduk di depan. Tentu akan ada Mustapa Ali, Nasharuddin Mat Isa, dan silap-silap Abdul Hadi Awang juga akan diusung sama.
Suasan dan realiti ini diperhatikan oleh orang ramai. Orang akan mempersoalkan keadaan ini. Dengan apa yang berlaku itu ia boleh menambah dan mengurangkan semangat sokongan mereka. Mungkin bagi yang tidak tajam pengamatan tidak merasakan apa-apa sebab, kalau sudah kalah balik sajalah.
Dalam politik dan apa saja perjuangan untuk mencari rakan setia sangatlah suasah. Rakan akan datang tanpa diundang apabila saat kemenangan dan pembahagian ghanimah. Rakan dan kawan akan menghilang bila saat kekalahan dan harta ghanimah sudah dibahagikan dan berkurangan. Medan perjuangan akan dinggalkan saat asap dan puing-puing kekalahan memenuhi runag. Kenapa? Di sinilah kelemahan dan ia perlu diperbetulkan di masa akan datang. Baik saat menang dan saat kalah semua pemimpin hendak bertanggungjawab.
Sumber:
MSO
PAS era perpaduang ni dah gila babi
ReplyDeleteBetul tulisan dan pandangan saudara... saya setuju 100%.
ReplyDelete