SIDANG DUN PERAK DIJANGKA PANAS -USTAZ MISBAHUL MUNIR

Sidang DUN Perak yang akan bermula 30 Mac ini dijangka panas, dan tidak mustahil akan berulang sebagaimana sidang-sidang yang lepas. Dua sidang yang lepas, persidangan hanya berjalan selama satu hari. Berlaku kekecohan di luar bangunan SUK dan di dalam dewan itu sendiri.


Sidang 7 Mei menyaksikan bagaimana Sivakumar sebagai Speaker yang sah diusung dan diheret keluar oleh pihak polis dengan cara yang sangat biadab dan tidak bertamaddun, bukan itu sahaja, malahan Sivakumar di kurung dalam bilik stor selama lebih kurang satu jam.

Adun-adun PR yang cuba mempertahankan Sivakumar dari kerusinya dikasari oleh pihak polis. Sivakumar failkan ke mahkamah mempertikaikan perlantikan Ganesan sebagai Speaker dan tindakan polis mencampuri urusan dalam dewan. Sehingga sekarang kes ini belum dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah.

Sidang 28 Oktober sekali lagi berlaku kekacauan. Sebagai Speaker yang sah, Sivakumar tetap mengeluarkan notis kepada semua adun untuk menghadiri persidangan. Berbagai usaha dibuat di luar dan di dalam dewan bagi menghalang atau melambat-lambatkan adun PR memasuki dewan. Sekali lagi polis diperkudakan oleh BN. Kemasukan adun-adun PR cuba dihalang oleh pihak polis bermula di luar bangunan, setelah berjaya masuk ke bangunan SUK, mereka cuba dilambat-lambatkan perjalanan oleh polis.

Sivakumar dikepung oleh pihak polis, dan jubah Speakernya cuba dirampas. Berlakulah ketegangan dan adengan tarik menarik antara Sivakumar dan adun-adun PR dengan pihak polis. Sayangnya wartawan tidak ada ketika itu, Polis bertindak kasar dan biadab dalam usaha merampas jubah speaker. Mereka berjaya merampas Jubah Speaker yang koyak dan songkok Speaker juga hilang. Sivakumar dapat juga sebahagian cebisan jubah yang koyak. Mereka akhirnya berjaya masuk ke dalam dewan, dan ketika itu sidang sudah dimulakan oleh Speaker haram BN.

Berlakulah dua sidang dalam satu dewan. Sidang UMNO BN dipengerusikan oleh Speaker haram Ganesan. Pembentangan bajet 2010 hanya berlangsung kira-kira 20 minit tanpa dibahas oleh anggota dewan, ia diluluskan begitu sahaja.

Manakala sidang satu lagi di pengerusikan oleh YB Sivakumar. Mereka bersidang di kerusi adun masing-masing. Sidang PR tidak membentangkan bajet sebaliknya meluluskan beberapa usul.

Sidang 30 Mac ini sedang dinanti-nanti oleh rakyat Perak. Apa akan berlaku, tunggulah 30 Mac ini. Semua adun PR telah menyatakan akan hadir dalam sidang tersebut atas panggilan menghadiri sidang oleh Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Soalan-soalan lisan dan bertulis juga telah dihantar oleh semua adun. Kemungkinan sidang kali ini juga akan menyaksikan dua sidang dalam satu dewan. Kemungkinan juga sidang kali ini walaupun ada ucapan titah Tuanku akan berlangsung satu hari juga.

Inilah padahnya apabila peraturan tidak dihormati dan hak rakyat dinafikan. UMNO BN walaupun dapat kuasa haramnya itu melalui mahkamah, rakyat Perak tetap tidak puas hati. PR hanya hilang 3 majoriti dalam dalam DUN Perak, tetapi 54 % rakyat tetap setia dan menyokong PR. Punca segalanya adalah kepada 3 petualang rakyat ini, mereka wajar dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang. Sekarang mereka hidup senang dengan habuan yang mereka dapat, rakyat pula menderita akibat pengkhianatan mereka.

Justeru itu, penyelesaian kemelut Perak hanya melalui pembubaran DUN supaya pilihanraya dapat diadakan semula dan rakyat akan memberi mandat baru samada kepada PR atau BN. Contohilah MCA yang berdepan dengan krisis kepimpinan, mereka beramai-ramai meletakkan jawatan, yang akhirnya berlangusng persidangan khas bagi memilih semula kepimpinan MCA yang baru. Sebaliknya UMNO BN hanya meniru nafsu rakusnya untuk berkuasa secara haram di Perak.


http://sisibukit.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.