gambar hiasan
KANGAR 27 Mac – Sebanyak 87 buah rumah di beberapa kawasan di Perlis rosak akibat kejadian ribut yang melanda negeri itu petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh berkata, berdasarkan bancian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerugian dinilai sekitar RM85,000.
Kawasan paling teruk terjejas ialah Guar Sanji dengan 32 buah rumah diikuti kawasan Tambun Tulang sebanyak 28 buah rumah, Pauh (13), Santan (13) dan sebuah rumah di Bintong, katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan kerosakan melibatkan bahagian bumbung rumah yang diterbangkan angin kencang.
Tidak ada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam itu, katanya. – Bernama
0 comments:
Post a Comment