Sandra Dewi Turut Dikatakan Terbabit Dengan Penyayi Ariel, Peterpan


Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel, namun kali ini ia membabitkan hanya gambar lucah pelakon tersebut.

Gambar-gambar berani Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.

Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana sebarang maklumat daripada komputer riba itu adalah sebahagian daripada penyiasatan yang perlu dirahsiakan.

“Kalau soal itu saya tidak mahu mengulas. Kalau benar sekalipun, saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenainya,” tegas jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada pemberita.

Polis juga enggan mengulas tentang khabar angin wujudnya 23 video lain dalam komputer riba tersebut.

Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintah melapor diri dua kali seminggu di ibu pejabat polis selepas dinamakan sebagai suspek, sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.

Namun Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengakuan terlibat dalam kes video seks yang menggegarkan Indonesia itu.

Peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan, di antara ketiga-tiga selebriti yang menjadi suspek kes video itu, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.

“Yang wajib lapor itu hanya Luna Maya kerana yang saya tahu dari ketiganya baru Cut Tari sahaja yang mengaku,” katanya.

Hotman kini sedang mempersiapkan Surat Perintah Penghentian Penyiasatan (SP3) terhadap kes anak guamnya itu yang mana dia menegaskan undang-undang pornografi tidak boleh dikenakan kerana rakaman dibuat pada tahun 2006 sedangkan undang-undang itu dikuatkuasakan pada 2008.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.