Akibat Seekor Nyamuk Siaran Langsung Berita Tergendala



TAIPEI: Seorang pengacara televisyen Taiwan yang sedang membaca berita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas seekor nyamuk terbang dan masuk ke dalam mulutnya, menyebabkan dia tercekik dan mengganggu siaran yang sedang berlangsung.

Seorang jurucakap kumpulan media China Times berkata, nyamuk terbabit terbang jauh ke dalam mulut Huang Ching sebelum tersekat di saluran pernafasannya, menyebabkan pengacara itu diserang asma yang teruk.

Stesen televisyen, China Television Co, terpaksa menyiarkan iklan selama empat minit mendapatkan pengganti Huang bagi meneruskan siaran berita.

– AP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.