PUTRAJAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua Naib Presiden Pas bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini hari ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan UMNO dan PAS.
Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.
Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.
Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.
"Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. - BERNAMA
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 20
(12)
- Exco Selangor Tangkap Pencuri Pasir Jam 3 Pagi Ber...
- "UMNO Sentiasa Sibuk Meminta Pertolongan Dari PAS....
- "Kita sedang Bahaskan Isu Yang Penting...." YDP De...
- "Saya sebagai Mufti Takkanlah saya nak membohong.....
- Setiausaha Sulit Kanan Datuk Noh Omar Berbulan Ma...
- UMNO Makin Lemah Dan Terdesak Sangat2: Datuk Zaid ...
- Sungai Kedah Akan Dimajukan Untuk Jadikan Daya Tar...
- Strategi2 BN Nak Ambik Balik Kedah pada 31 Julai N...
- Anwar akan terus dihumban ke penjara? : Bekas duta
- Umno Selangor Bersaing Untuk Tonjol Pengaruh .. Si...
- Akibat Kuat Membebel, Suami Mencekik dan Kerat May...
- Rumah Peguam Kes PI Bala Dipecah Masuk, Komputer r...
-
▼
Jul 20
(12)
-
▼
July
(467)
JIKA MELAYU BERPECAH.... ISLAM TAK AKAN HANCUR... KERANA ISLAM ITU LEBIH HEBAT DARIPADA MELAYU... PENDOKONG ISLAM DI MALAYSIA INI... BAHKAN DI DUNIA INI BUKAN MELAYU SEMATA-MATA.... MENGARUT MELABAN LA JIKA ADA ORANG KATA ISLAM AKAN HANCUR JIKA MELAYU BERPECAH... MELAYU DAH LAMA BERPECAH... KALAU NAK SATUKAN MELAYU... ORANG TUA TU PATUT LAKUKAN SEJAK DULU LAGI ... SEBELUM PKN DIUBUHKAN.... MASA TU ORANG TUA NI DOK KAT MANA???
ReplyDeleteNASIB LA KAU ORANG... MAKIN TUA MAKIN MERABAN..
.... jangan dok peduli tali barut umno tu...
ReplyDeleteBal'am ahli ibadat Bani Israel yang lebih hebat daripada kau pun lakukan dosa .... inikan pula mufti@tok peti...
ReplyDelete