Kekosongan kerusi yang sepatutnya dipenuhi wakil dari kementerian di Dewan Negara hari ini mendapat perhatian Yang Dipertua, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mahu wakil kerajaan berada di dalam dewan itu ketika mesyuarat berlangsung. " "Kita sedang membahaskan isu yang penting. Kalau menteri tidak hadir, timbalan Menteri diminta hadir. Saya hendak tentukan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya. Sebelum itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 meminta supaya kementerian berkaitan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dikemukakannya. Bagaimanapun selepas menyedari bahagian tempat duduk yang diperuntukkan untuk pegawai dari kementerian kosong, Abu Zahar mencelah dan bertanya di mana wakil kementerian terbabit berada. Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir turut bangun mencelah dan memaklumkan kepada persidangan bahawa beliau mendapati cuma seorang timbalan menteri sahaja yang berada di dalam dewan itu. "Saya sokong Yang DiPertua dan saya hanya nampak seorang sahaja timbalan menteri yang ada," katanya. Teguran Abu Zahar menyaksikan beberapa wakil kementerian memasuki dewan tersebut selang beberapa minit kemudian. - Bernama | ||
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 20
(12)
- Exco Selangor Tangkap Pencuri Pasir Jam 3 Pagi Ber...
- "UMNO Sentiasa Sibuk Meminta Pertolongan Dari PAS....
- "Kita sedang Bahaskan Isu Yang Penting...." YDP De...
- "Saya sebagai Mufti Takkanlah saya nak membohong.....
- Setiausaha Sulit Kanan Datuk Noh Omar Berbulan Ma...
- UMNO Makin Lemah Dan Terdesak Sangat2: Datuk Zaid ...
- Sungai Kedah Akan Dimajukan Untuk Jadikan Daya Tar...
- Strategi2 BN Nak Ambik Balik Kedah pada 31 Julai N...
- Anwar akan terus dihumban ke penjara? : Bekas duta
- Umno Selangor Bersaing Untuk Tonjol Pengaruh .. Si...
- Akibat Kuat Membebel, Suami Mencekik dan Kerat May...
- Rumah Peguam Kes PI Bala Dipecah Masuk, Komputer r...
-
▼
Jul 20
(12)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment