2 kekalahan dalam masa 48 jam....
Malang buat PM Najib! Minggu ini dua perkara malang berlaku atas PM Najib dan Rosmah. Pertamanya kekalahan skuad badminton Malaysia dalam Piala Thomas. Kemudian 48 jam selepas itu kekalahan BN dalam PRK Sibu.
Ibarat nasib Najib dan Rosmah umpama sudah jatuh di timpa tangga!
Kekalahan Malaysia dalam Piala Thomas dan Hoki Azlan Cup penanda amaran awal terjunamnya Malaysia dalam arena sukan.
Mengapa? Kerana judi sukan sudah dihalalkan. Selepas ini kita tunggulah berderet-deret acara sukan kita bergelumang dengan judi. Sebelum itu arak juga sudah menguasai kejohanan golf dan ragbi.
Tiada lagi keberkatan dalam sukan akibat duit judi digunakan dalam pembangunan sukan.
Syukur kita tewas dalam Thomas Cup! Jika tidak berpeluk-peluk lah Si Rosmah dengan pemain badminton !
Keputusan PRK Sibu menunjukan pujukan rasuah UMNo gagal di Sarawak. Lebih malang lagi inilah kali kedua orang Cina menolak BN/UMNO dalam masa 3 minggu selepas PRK Hulu Selangor.
Mengapa? Isu terbesarnya ialah kematian Teoh Beng Hock. Masyarakat Cina melihat kematian Beng Hock perlu dibela. Begitu juga skandal PKZ dan kepimpinan MCA yang terpalit dengan skandal seks.
Najib perlu tahu harga diri masyarakat Cina di Sibu bukannya bernilai RM5 juta sepertimana tawaran rasuah Najib sehari sebelum PRK Sibu.
Alangkah berbezanya nilai umat Melayu yang sekadar bernilai sehelai kain pelikat dan RM 1,000 untuk undi MIC di PRK Hulu Selangor!
Implikasi kekurangan undi Cina terhadap UMNO/BN setelah ditawarkan jutaan RM, ialah UMNO bermungkinan tukar taktik kepada perkauman untuk ugut orang Cina. Dalam masa yang sama "menghidupkan" kembali "bara 13 Mei" untuk di"panas" darah orang Melayu.
Buktinya perancangan program 13 Mei di Terengganu. Walaupun dibatalkan, tetapi ianya adalah mesej dari UMNO buat orang Cina yang menolak UMNO/BN!
Ingat! talihayat UMNO adalah perkauman. Tanpanya, UMNO sedia ditalkinkan.
SUMBER: http://tokpepijat.blogspot.com/
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
May
(332)
-
▼
May 20
(14)
- Syed Husin Ali Saman Utusan RM10 juta
- Kerajaan Negeri Mahu Setiap Rakyat Miliki Rumah Se...
- 'Ceramah jalan terbaik nafikan lompat parti' : SU ...
- Malaysia Boleh!! Malaysia antara 10 negara paling ...
- Konsert Dua Alam: 'Tolak Lulus Konsert Tindakan Bi...
- Inkues Teoh Beng Hock: Permohonan Sidang Video Den...
- Bekas CEO MIED Dihalang Seorang Pemimpin Politik B...
- Di Angkasapuri Pun Ada Demonstrasi - Polis Bertind...
- Kekalahan Berganda Buat PM Najib Dalam Tempoh 48 Jam
- SPR: Kami Tiada Kuasa Siasat, Najib Berhak Buat Janji
- Daerahku Pesat Membangun ... Jom Pakat-Pakat Pi Me...
- Gambar2 Pengebumian Jenazah Ramli, Pengawal Istana...
- Dakwaan Chong Itt Chew KARUT! Ini Dia Fakta Pelabu...
- Isu KHTP: Fuji Turut Kesal Kenyataan Tidak Betul B...
-
▼
May 20
(14)
-
▼
May
(332)
0 comments:
Post a Comment