Daerahku Pesat Membangun ... Jom Pakat-Pakat Pi Melancong Kat Peranginan Gunung Jerai... SEJUKKK...



Peranginan Gunung Jerai lonjak ekonomi penduduk

Oleh: YAN, 18 Mei - Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika berucap di majlis itu berkata, kepesatan industri pelancongan di Gunung Jerai akan melonjak ekonomi penduduk sekitar terutama aktiviti perniagaan di kaki Gunung Jerai, Guar Chempedak dan Gurun.

“Sebagai sebuah kerajaan kita yakin dapat bersaing sihat dalam sektor pelancongan dan kita akan mamastikan projek-projek agro-tourism di negeri ini akan bergerak dengan jayanya.

“Pusat peranginan ini terletak antara dua daerah iaitu Kuala Muda dan Yan seperti mana umum mengetahui kawasan ini memang tersedia dengan aset pelancongan sejarah termasuklah Muzium Arkeologi Lembah Bujang, pusat peranginan Batu Pahat, Sungai Titi Hayun, Sungai Merbok yang kaya dengan hutan pokok bakau dan yang terbaru adalah penemuan batu-batu karang yang cantik di Pulau Songsong.

“Sebagai rakyat Kedah kita harus bersyukur kerana negeri kita kaya dengan aset yang boleh dijadikan produk pelancongan yang tidak ternilai seperti puncak Gunung Jerai ini,” katanya.

Beliau menyingkap sejarah tamadun Kesultanan Melayu Kedah pada era abad ke 13 di mana Kedah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan Timur Barat yang berpusat di Pengkalan Bujang di mana puncak Gunung Jerai memain peranan penting sebagai penanda arah bagi para pedagang.

Sejarah juga, katanya, telah membuktikan bahawa berlakunya pertembungan agama sehingga ajaran Islam tersebar dengan meluas seluruh Kedah bermula di sekitar Gunung Jerai ini termasuklah kawasan Merbok, Pantai Merdeka dengan penemuan artfak-artifak dari negara Islam seperti Parsi yang diguna pada zaman itu.

Malah di sekitar kawasan Stesen Pemancar Telekom terdapat kesan-kesan sejarah pra-Islam iaitu Nabagraha (Gunung Jerai Tapak 9) selain batu granit dan bata ditemui juga gelang granit yang dipercayai digunakan sebagai pengikat tiang bendera rumah api berfungsi sebagai mercu tanda pelayaran.

Dalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah disebut Sultan Mudzafar Shah adalah Sultan Kedah pertama memelok Islam pada abad 113 yang makamnya ditemui di kampung Langgar Bujang. Tetapi Islam mula tersebar di Kedah dipercayai seawal abad ke 6 dan 7 lagi di kalangan rakyat serentak dengan kedatangan Islam di negara-negara Nusantara.

Ini telah dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Ibn Sirdan bertarikh abad 215 di Tupah Merbok. Malah di Lembah Bujang sendiri telah ditemui enam batu bersurat bertulisan Palavaa.

“Di sini berkembangnya Islam yang menguasai pemerintahan kerajaan Lembah Bujang pra Islam seterusnya kerajaan Islam. Dua perkara sebelum itu ialah zaman pra dan era proto pada abad sebelum kemunculan kerajaan dan Kesultatan Melayu Islam dimaksudkan Islam oleh pedagang-pedagang Islam.

“Lanjutan daripada itu beliau berharap Gunung Jerai akan mengembalikan kegemilangannya sebagai pusat peranginan yang dikunjungi ramai apabila tersedia kemudahan penginapan serba lengkap iaitu Gunung Jerai Hill Resort ini,” ujarnya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan berangkat ke pusat peranginan Gunung Jerai bagi merasmikan The Regency Gunung Jerai Hill Resort.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Laksamana Kedah dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz

Hadir sama di majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah YB Dato’ Dr Abdul Isa Ismail, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Wira Rasli Basir, Pegawai Daerah Yan Abdul Rahman Zainol dan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Dato’ Abdul Rahman Ibrahim. [wartakedah.net]

1 comments:

  1. pembangunan perlancongan kawasan sekeliling gunung jerai memang diakui berpotensi maju untuk pelancong luar beriadah, tetapi dalam masa yang sama kena ingat, agensi penguatkuasa jabatan agama islam negeri kena pantau hal maksiat pula, terutama dikawasan perkelahan tupah yang heboh dengan pesta sek anak muda melayu, hingga hilang kewarasan tatasusila seorang muslim. demikian juga dikawasan rekreasi gunung jerai, ramai muda mudi berpelukan, mereka bukan takut lagi, malah sanggup bermotosikal waktu malam untuk memuaskan nafsu mereka. renong dan fikirkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.