Gambar Hot: Aziz M Osman Akan Akhiri Zaman Duda Dengan Gadis 21 Tahun pada 6 Jun 2010




Tahniah...Pengarah Terkenal yang juga anak pasangan seniman dan seniwati handalan negara, Allahyarham M. Osman dan Afida Es akan melangsungkan perkahwinan dengan Puteri Sarbainun Lokman pada pertengahan tahun ini.

Majlis Pertunangan telah berlangsung pada 18 April baru-baru ini di Taman Lagenda Mas,Cheras, Kuala Lumpur

Dimajlis Pertunangan tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Keberatan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan itu memberitahu, mereka bakal diijabkabulkan 6 Jun ini.

"Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

"Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumah tangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

"Selepas ini saya sudah ada 'kawan' untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila 'kawan' itu bakal bergelar isteri kepada saya," kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Duda beranak enam itu sebelum ini pernah gagal mempertahankan rumah tangga yang dibinanya dengan pelakon Nur Aliah Lee Abdullah atau Vee setelah 15 tahun berkahwin.

Malah, perkahwinan ketiganya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli umpama mimpi ngeri buat Aziz apabila turut kecundang dan berakhir dengan kontroversi yang cukup terkesan di hati beliau.

Sementara itu, Afida Es ketika ditemui pada majlis sama mengharapkan agar jodoh anaknya kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Bonda bahagia melihat anak bonda gembira dan inilah jodoh yang telah ditentukan Tuhan buat Aziz.

"Seperti ibu lain, bonda kalau boleh memang tidak mahu lihat Aziz hidup sendiri kerana kehidupannya selain kerja lebih tertumpu kepada anak-anak.

"Bagaimanapun, bonda bersyukur kerana selepas ini akan ada orang yang boleh menjaga dan menyayangi dia," kata Afida Es.

Menjelang 6 Jun ini, Aziz akan sekali lagi bergelar raja sehari. Pada usianya 48 tahun, beliau amat bertuah kerana ditemukan jodoh dengan seorang gadis manis, Puteri Sarbainun Lokman yang berusia 21 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.