Ahli Parlimen Kinabatangan Mengaku Salah Di Mahkamah


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman SMS bahawa benar beliau telah menikahi Zizie.

"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie pula.

Malah dalam temuramah itu, Zizie turut dipetik sebagai berkata, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara telah dirakamkan pihak media sedang berjalan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dan yang terbaru, gambar mereka berdua dirakamkan di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.