Liga Bola Sepak Piala MB Sebagai Acara Tahunan - Jom Sertai: Johan Lumayan


ALOR SETAR, 18 April 2010 – Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah anjuran Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah bakal menjadi acara tahunan kerana ia dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia bola sepak Negeri Kedah suatu hari nanti.

YAB Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan

Kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. ini juga mensasarkan penyertaan belia di setiap daerah dengan lingkungan usia 18 hingga 25 tahun. Pada majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon semalam telah menyaksikan kehadiran semua pemain dari setiap zon dan pada majlis tersebut juga, undian penentuan perlawanan dan penyerahan jersi telah berlangsung. Setiap pasukan dibekalkan dengan bola sepak untuk sesi latihan dan setiap pemain dibekalkan dengan jersi.

Kejohanan ini melibatkan 36 pasukan yang mana sebanyak 6 pasukan mewakili 6 zon yang berbeza. Perlawanan pertama akan menyaksikan Zon 1 yang terdiri daripada Dun Kuah, Air Hangat, Ayer Hitam, Kota Siputeh, Jitra dan Bukit Kayu Hitam akan berlangsung pada 24 April 2010 bertempat di Stadium Mini Jitra.

Majlis Perasmian Kejohanan Liga Piala YAB Menteri Kedah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ini juga turut dihadiri oleh YB Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib Exco Belia Negeri Kedah serta tetamu jemputan iaitu YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.


YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan semalam, beliau mengharapkan setiap pasukan akan bersukan dengan penuh semangat muhibbah, setiakawan dan berjaya memupuk semangat silaturrahim sesama pemain. Menurut beliau lagi, kejohanan ini juga memberi dan membuka peluang kepada pemuda luar bandar untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan potensi mereka dalam sukan bola sepak.

“Melihat kepada penganjuran kejohanan ini dan kesungguhan semua pihak termasuk pengurus pasukan, jurulatih dan pemain itu sendiri membuktikan bahawa Negeri Kedah tidak kurang pemain dan kejohanan ini akan menjadi kejohanan yang terbaik.” Ujar YB. Dr. Hamdan dalam ucapan beliau.

Johan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000 beserta torfi kejohanan. Manakala johan bagi setiap Zon perlawanan akan membawa pulang Piala Iringan beserta wang tunai sebanyak RM 2000.

Disediakan oleh: Faiz Hj. Othman (Ambilan: http://kedahsejahtera.net.my)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.