KDN tak tahu ada 'TANGAN GHAIB' dalam PDRM



Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima aduan berhubung campurtangan 'pihak ketiga dalam pasukan Polis Diraja Malaysia' seperti yang didakwa oleh ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, kata menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

“Belum, saya belum mendengar aduan itu dan dia tidak timbulkannya dengan saya. Jika ada campur tangan pihak ketiga untuk mempengaruhi polis, beritahu saya. Kedua, saya rasa polis juga boleh bertindak sendiri,” katanya.

“Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bertindak ke atas mereka (pihak ketiga). Kita tak benarkan pihak ketiga campurtangan mentadbirkan pasukan polis,” kata Hishamuddin (atas) lagi.

Ahad lalu, Tan Sri Musa mendedahkan kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dilaporkan berkata bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.