Lelaki Yg Rasa Sesedap Mata Memandang Ada Peluang




Linda yang ditemui di konti Suria FM semalam, yakin kebenaran akan terbukti kelak. - Foto ihsan AMIN AIZZUDDIN MAHARAM (Suria FM)



PENYAMPAI radio dan pengacara popular Linda Onn masih menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Walaupun dihambat kontroversi dengan bekas kekasihnya, aktor, pengacara dan model Fahrin Ahmad, semangatnya tetap tegar untuk mempertahankan diri-sendiri.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Linda menegaskan dirinya bukan sengaja mereka-reka cerita mengenai dakwaan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Malah dia juga tidak pernah merasa tertekan dengan ‘masalah’ yang menimpa ketika mengendalikan kerja di tempat barunya, Suria FM setelah bertugas sejak 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sekerja di Suria FM dan majikan. Dari situ, saya tak pernah patah semangat walaupun ada beribu yang menghentam.

“Saya dah jelaskan kepada mereka bahawa kes itu berlaku disebabkan saya menjawab soalan daripada wartawan dan bercakap yang benar. Jadi, sebab itu mereka menyokong saya,” jelas Linda kepada mStar Online.

Selebihnya, pelakon filem Gila Bola itu menyerahkan kepada peguamnya untuk menjawab segala permintaan Fahrin.

Disebabkan hal itu juga, Linda bagaikan serik untuk ‘membuka pekung’ mengenai kisah peribadinya lagi termasuk soal teman lelaki pada masa akan datang.

Katanya dalam nada bersahaja dan tersenyum: “Cukup-cukuplah, biar saya simpan kisah peribadi sendiri. Saya tak nak kongsi dan cerita lagi.”

Namun begitu, anak jati Johor Baru itu tidak lokek berkongsi mengenai ciri-ciri bakal suami yang diingini.

“Saya tak kisah teman lelaki saya kerja apa dan sumber kewangannya. Asalkan dia baik, sedap mata memandang dan hormati ibu, ayah serta keluarga saya,” beritahunya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.