Bank Rakyat Untung Tak Sangga Utk Tempoh 55 tahun


KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat tahun lalu berjumlah RM1.55 bilion, meningkat 25.6 peratus atau RM316 juta berbanding 2008.

Ia adalah keuntungan tertinggi dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

Peningkatan keuntungan itu disumbangkan daripada pertambahan pendapatan semua sektor perniagaan perbankannya.

Keputusan itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

Berikutan keputusan yang memberangsangkan itu, Bank Rakyat mengisytiharkan dividen 15 peratus dengan jumlah keseluruhan RM299 juta yang akan dibayar kepada ahlinya mulai Isnin depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.