Bapa Humban Anak Dalam Sungai




Gambar Hiasan



WOODBRIDGE (New Jersey): Seorang lelaki yang merampas bayi perempuannya daripada dakapan ibu mentuanya memberitahu polis bahawa dia telah menghumban anaknya ke dalam sungai pada Selasa lalu.

Pasukan keselamatan, yang dibantu oleh anjing pengesan, bot dan helikopter, kini sedang melancarkan operasi mencari mayat bayi berusia tiga bulan itu di kawasan berdekatan Jambatan Driscoll di sini.

Menurut pihak berkuasa, ayah bayi itu, Shamsiddi Abdur-Raheem, 21 tahun, telah memasuki secara paksa apartmen ibu mentuanya sebelum menampar muka dan mencekik orang tua itu pada Selasa lalu.

Shamsiddi kemudian merampas bayi itu daripadanya.

Ibu mentua Shamsiddi yang berusia 60 tahun mengejarnya tetapi beliau kemudian dilanggar oleh van menantunya itu.

Beliau bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan kini telah keluar hospital.

Shamsiddi ditahan polis empat jam kemudian dan mengaku telah menghumban anaknya dari sebatang jambatan.

Sebelum itu, dia telah bertemu dengan seorang imam, yang membawanya ke rumah seorang saudaranya yang kemudian menelefon polis.

Ketika kejadian itu berlaku, isteri Shamsiddi, Cik Venetta Benjamin, berada di sebuah mahkamah untuk mendapatkan perintah perlindungan ke atas suaminya itu.

Peguam Cik Benjamin, Cik Mitchell Liebowitz, berkata bayi itu diculik sebelum perintah perlindungan itu dapat dikeluarkan.

Kelmarin, Shamsiddi antara lain menghadapi tuduhan menculik, percubaan membunuh dan menyerang.

Dia kini ditahan di penjara Essex dan dikenakan ikat jamin AS$700,000 ($987,559).

Pemangku Peguam Negara New Jersey, Cik Paula Dow, menyifatkan kejadian itu sebagai 'satu contoh kes keganasan keluarga yang paling dahsyat'. -- AP.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.