Akademik Islam akur perarakan Maulud bukan wajib



gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Beberapa ahli akademik Islam Malaysia akur bahawa perarakan menyambut Maulidur Rasul bukan wajib kerana ia tidak pernah dianjurkan dalam Al-Quran dan Sunah tetapi hanya satu adat tempatan, menurut laporan sebuah laman berita.

Satu kontroversi berhubung mengadakan perarakan sambutan itu tercetus apabila para pemimpin Umno menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, sebagai 'anti-Islam' dengan membatalkan perarakan tersebut.

Encik Lim menafikan dakwaan itu dan mengundang para pengkritik beliau menyertai sambutan Maulidur Rasul negeri itu pada 25 Februari ini.

Laman berita The Malaysian Insider semalam memetik seorang penolong profesor di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (IIUM), Dr Mohd Shah Jani, sebagai berkata bahawa tidak ada 'ijmak pendapat' atau persetujuan di kalangan ulama Islam muktabar bahawa sambutan Maulidur Rasul harus diamalkan.

'Kami tidak tahu bila sambutan Maulidur Rasul (hari kelahiran Nabi Muhammad) bermula tetapi saya fikir tidak ada ijmak pendapat di kalangan ulama bahawa kita boleh menyambut Maulidur Rasul atau tidak.

'Ada daripada mereka berkata boleh kerana untuk memperingati Nabi dan sumbangan serta ajaran baginda, khususnya apabila kita menyambutnya untuk menghidupkan semula sunahnya bagi menyedarkan orang ramai bahawa ajarannya universal. Saya fikir tidak ada bantahan dalam hal ini,' jelasnya.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunah itu berkata perarakan Maulidur Rasul itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berbelanja sewenang-wenangnya.

'Namun, jika kita berbuat demikian sebagai satu pameran adat kepada orang ramai bahawa kita orang Islam tetapi dalam proses melakukannya, kita mungkin mengamalkan banyak perkara buruk, seperti pembaziran wang dan agihan kerajaan, saya tidak fikir ada kebaikan padanya,' tambah alumni daripada University of Birmingham itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.