PANAS!!! Langkawi Bergelora Lagi.. Pengacara TV, Aziz Desa Tawar Diri Bertanding Ketua Bahagian .. Jom Terjah!!!


ALOR SETAR - Pengacara televisyen popular, Aziz Desa, 48, menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno Oktober depan.

Aziz berkata, dia menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi yang kini disandang Datuk Ir Nawawi Ahmad yang juga ahli Parlimen itu.


Menurutnya, keputusan itu diambil selepas melihat beberapa perkara yang membuatkannya berasa perlu untuk bertanding bagi jawatan itu.

“Saya diminta oleh rakan-rakan dan penduduk  supaya bertanding dalam pemilihan kali ini sekali gus memberi nafas baru dalam kepimpinan Umno di sini.

“Melihat pembangunan dan cabaran yang perlu dihadapi Pulau Langkawi, masalah yang timbul juga semakin rencam. Jadi saya rasa terpanggil untuk bersama kepimpinan Umno Kedah dalam usaha memajukan pulau ini,” katanya.

Ditanya sama ada langkah yang diambilnya itu terlalu drastik, Aziz berkata, walaupun tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam dunia politik, dia yakin pengetahuan dan pengalaman karier dapat membantunya.

“Saya ingin memaknakan Umno yang lebih berhikmah dan karamah, Umno yang lebih beraura. Ini kerana saya lihat Umno haruslah lebih daripada jangkauan sekarang.

“Justeru itu, pengalaman bekerja dalam dunia politik bersama Tan Sri Sanusi Junid dan bersama kepimpinan Umno Kedah sebelum ini membuatkan saya mengambil keputusan ini,” jelasnya.

Aziz berkata, dia tidak fikir soal menang atau kalah, menurutnya apa yang lebih penting sekurang-kurangnya dapat dilihat sebagai cabaran oleh kepimpinan sedia ada.

Tambah Aziz lagi, dia mula menyertai parti Umno sejak 13 Januari 1989 sebagai ahli biasa di cawangan Kampung Bayas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.