Gempar!!! Inilah Wajah Bekas Setiausaha Politik DS Shahrizat Yang Ditahan SPRM Siasatan Kes Rasuah, 10 Kenderaan Mewah Dirampas.. Jom Terjah!!


SHAH ALAM – Seorang bekas Setiausaha Politik kepada ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Laporan The Malaysian Insider dipetik, beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi.

Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan, SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausahah politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.
Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Suhaimi didakwa terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.