Allahu Rabbi!!! (Video & Gambar2) Punca Sebenar Anggota Polis Menembak Isteri, Bapa Mertua Dan Akhir Menembak Dirinya Sendiri.. Jom Terjah!!


Punca sebenar polis tembak isteri dan bapa mertua - Kejadian kes bunuh isteri dan bapa mertua oleh seorang pegawai polis berpangkat Lans Korporal dikenali Fadzly Omar, 29, terus menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai. Punca sebenar perkara itu berlaku tidak diketahui secara terperinci dan kebanyakkan akhbar hanya melaporkan suspek mempunyai masalah dengan isteri.





Menerusi mstar, abang ipar kepada suspek iaitu Ezam Abdul Kadir, 34, tampil memberikan sedikit gambaran tentang punca sebenar kejadian itu berlaku. Menurut Ezam, hubungan Fadzly Omar dengan isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, memang agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.
Lans Korporal Fadzli Omar
"Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah."

Rasanya, suspek mungkin mengalami tekanan perasaan akibat kesunyian sering ditinggalkan isteri berseorangan di rumahnya di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis. Kerana selalu pulang ke rumah ibubapanya, suspek mula rasa cemburu dan menyimpan perasaan marah terhadap isteri dan bapa mertuanya.

Lans Korporal Fadzli Omar

Setelah tidak mampu tertanggung lagi kesakitan dalamannya, suspek akhirnya mengambil keputusan untuk menembak kedua-dua mereka dan seterusnya membunuh diri sendiri, satu kejadian paling tragis pernah berlaku di Malaysia.


Video Anggota Polis Yang Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri   

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.