"Kami sedar bahawa GLC tempatan telah berkembang ke tahap sedia ada dengan hasil cukai dari semua bangsa.
"Oleh itu, tidak perlu ada perbezaan kaum dalam prestasi GLC," kata ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, GLC memerlukan sumber tenaga terbaik untuk bersaing di peringkat global dan pandangan yang sempit berasaskan kaum hanya akan menyebabkan syarikat itu ketinggalan.
Wee mengulas rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Najib semalam.
Langkah tersebut antara lainnya menggariskan agar GLC menetapkan sasaran ke atas penglibatan bumiputera, terutama dalam bidang perolehan yang akan dijadikan kriteria utama dalam indeks penilaian prestasinya.
Wee berkata Najib perlu menghadapi realiti politik apabila memberi habuan kepada penyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Namun beliau memberi amaran bahawa langkah berasaskan kaum akan membawa kesan jangka panjang "yang lebih meluas".
"Kita mesti menilai bagaimana dasar ini akan memberi kesan kepada kaum lain," katanya.
Indon Dan bangla yang hunting
ReplyDelete