Terkini!! Apa Sebenarnya Yang Terjadi Di Multaqa Ulama Semalaysia Di Alor Setar, Apakah "BOM JANGKA" Bakal Meletup.. Jom Terjah!!!


Cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (gambar) di Multaqa Ulama Semalaysia di Alor Star hari ini agar PAS mengkaji semula tahaluf siasi atau hubungannya dengan PKR adalah kemuncak dari perbezaan pendapat dalam PAS.
Secara diam-diam ia telah berlaku lama dalam PAS sejak menjelang pilihan raya umum ke-13 lagi sebenarnya.
Namun ketika itu ia tidak jelas sejauh manakah ia akan pergi. Tetapi cadangan Harun hari ini menunjukkan ke manakah sasaran segala apa yang berlaku dalam PAS itu.

Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam PAS mengkritik sesetengah pucuk pimpinan PAS kerana rapat dengan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai gelaran diberikan.
Gelaran itu diberikan dengan jelas oleh mereka yang telah keluar dari PAS. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam PAS adalah gelaran yang popular.
Datuk Hasan Ali misalnya menjelang dipecat dari PAS menggelar golongan yang rapat dengan pimpinan PKR khasnya sebagai parasit-parasit dalam PAS.
Nasharudin Mat Isa sebelum dikeluarkan dari Majlis Syura ulamak berulang kali mendesak agar PAS mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.
Berita Harian dalam laporannya dengan jelas melaporkan kenyataan Nasharudin agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dengan alasan PKR dan DAP melanggar syarat muafakat politik atau tahalus siasi.
Kini jelas apa yang dinyatakan oleh Nasharudin sejak sekian lama itu yang dibuat secara rasmi oleh Ketua Dewan Ulama PAS.
Baru semalam, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tumpat di Kelantan, AJK PAS Pusat Khalid Samad menyifatkan idea-idea sebegini adalah dari musuh PAS sendiri yakni Umno.
Ini bukan lagi bibit tetapi tanda-tanda besar perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana kedua-dua pihak mempunyai penyokong yang ramai.
Sudah pasti Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini di Shah Alam akan menjadi medan sebenar perbezaan pendapat ini.
Jika ia tidak diuruskan dengan baik, apa yang berlaku di Turki juga akan berlaku dalam PAS.
Di Turki, parti Islam di sana berpecah kepada dua kumpulan apabila kumpulan pimpinan Recip Tayyip Erdogan membentuk AKP dan meninggalkan penyokong Necmetin Erbakan dalam Saadet.
Dalam PAS, kumpulan Erdogan mahu bersama Pakatan Rakyat, kumpulan penyokong Harun Taib ini mahu mengkajinya.
Apakah kumpulan penyokong yang digelar Erdogan akan berpecah dari kumpulan penyokong UG selepas muktamar nanti? Pohon dilindungi Allah dari berlaku. Namun jika ianya untuk kebaikan, terimalah seadanya.

1 comments:

  1. You're articles are really worth reading. You are really doing a good work.
    All the best for the future

    Regards
    Suraj
    http://www.downloadappsonpc.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.