Gempar!! (Gambar2) Terperinci: Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Panchor Maut Ditembak.. Al-Fatihah..

Hashim-Mat-Zin
BACHOK: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi. 

Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang. 


Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.



MAKLUMAT MANGSA :


NAMA : EN HASHIM B. MAT ZIN
(PK Hal Ehwal Murid)
UMUR : 43 Tahun
SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK 

petikan kosmo..

Seorang guru muzik hanya sempat memandu kereta jenis Mercedes C200 sejauh 50 meter keluar dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sebelum dia menemui ajal akibat ditembak penjenayah bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru Kampung Panjang semalam.

Kejadian pukul 1.40 petang Isnin di Kampung Beris Panchor itu mengakibatkan Hashim Mat Zain, 43, yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan dari peluru jenis 38 di dada dan bahu.

Polis masih menyiasat motif kejadian namun pihak berkuasa itu tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca pembunuhan kerana semakan mendapati mangsa terlibat dalam perniagaan balak, jualan langsung dan kontrak kantin.

Sebaik ditembak di satu simpang yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah, kereta yang dipandu mangsa terbabas ke halaman dan melanggar tangga rumah milik Siti Aminah Abdullah, 53 yang terletak kira-kira 20 meter dari simpang berkenaan.

Mengimbau semula kejadian itu, Siti Aminah memberitahu, ketika dia sedang solat Zuhur, dia terdengar empat das tembakan sebelum disusuli dengan bunyi dentuman di depan rumah.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.