Hangit 18SX: (Gambar) Inilah 26 Jelitawan Penari2 Tiang Yang Ditangkap Termasuk Remaja Berumur 16 Tahun..Apa Dah Jadi Dengan Negara Islam Ku?? Jom Terjah!!!



Sebahagian daripada 26 GRO yang ditahan dalam serbuan di dua premis di Taman KIP, Kepong, semalam

KUALA LUMPUR - Keasyikan 26 pelayan pelanggan (GRO) melakukan aksi tarian tiang terbantut apabila polis melakukan serbuan di dua premis hiburan di Taman KIP, Kepong, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu, enam daripada GRO terbabit warga Thailand, empat Vietnam dan dua China, manakala selebihnya rakyat tempatan, termasuk seorang remaja 16 tahun.

Menurutnya, 12 GRO asing itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

"Siasatan mendapati GRO ditahan berpakaian seksi dan menunggu di hadapan premis bagi menarik perhatian pelanggan, sebelum menghiburkan mereka dengan tarian tiang.

"Mereka juga bijak mencari wang lebih dengan mengumpul tip hasil jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 dan boleh mencecah sehingga RM100," katanya.

Beliau berkata, semua GRO terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat.

"Semakan menunjukkan dua premis hiburan yang beroperasi sehingga jam 4 pagi itu dipercayai dimiliki dua individu sama," katanya.

Semua GRO berusia 16 hingga 36 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan, seorang penjaga dan dua pekerja premis hiburan terbabit.


-SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.