Secara Langsung: Live Ambang Tahun Baru 2013 Bersama Icon Terkemuka.. Jom Terjah!!!





Tayangan akan bermula selepas Magrib. 31/12/12 8Pm
Sambutan Tahun Baru 2013 di bawakan oleh kerajaan negeri Selangor seperti tahun lepas. Menampilkan Ustaz Azhar Idrus, icon anak muda masa kini. Saksikan dan timbalah ilmu.

Bersama kita berubah dan mengubah Malaysia ke arah kesejahteraan.


Streamming ke2 jika di atas tidak dapat tonton.

Terkini!! Ambang Merdeka Yang Disambut, Inilah Perbezaan Ketara Antara Kerajaan BN Dan Kerajaan PR.. Jom Terjah!!

Salam untuk semua, moga dirahmati

Sambutan Tahun Baharu 2013! Aku teringat teks khutbah Jumaat lepas, tentang sambutan tahun baru. Aku rasa teks khutbah ni dikeluarkan oleh Jakim/MAIWP sebab sekitar KL khutbah dikawal ketat oleh badan agama. Jelas dan terang khutbah tentang sambutan baru menjelaskan tatacara sambutan mengikut lunas Islam.

Antara yang aku masih ingat kandungannya:
1. Tiada campur laki perempuan secara bebas dalam sambutan
2. Tiada hiburan seperti nyanyian yang memuja kekasih dan wanita
3. Tiada hiburan dan nyanyian yang menyekutukan Allah dan melalaikan.
4. Tidak menyimpang dari budaya dan syariat Islam.

Sambutan Tahun Baru 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Panas Berapi!! Bekas Mufti Melarang Beli Buku Hajjah Rosmah Mansor, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!



Setelah tweet Dr. Asri sindir Ustaz Fathul Bari (baca sini), kini Dr. Asri bidas pula isteri kesayangan Najib, Rosmah Mansor. Dr. Asri bidas berkenaan buku biografi Rosmah Mansor yang menjawab isu-isu berkenaan diri Rosmah Mansor. 

Buku biografi tersebut berkisar menjawab kononnya dikatakan fitnah terhadap Rosmah Mansor.

(Gambar) Tragis & Pilu:Kanak 3 Tahun Maut Ditetak Ibu Saudara..



BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini.

Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher.

Gambar2 Berapi!! Kronologi Suami Bunuh Isteri Sendiri Bermotifkan Cemburu..Al-Fatihah, Jom Terjah!!



ALOR SETAR - Seorang pembantu kedai ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Alor Gelegah, Mukim Derga di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, wanita berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa akibat hentakan objek tumpul dan keras.

(Gambar2) Tahniah Dengan Sekali Lafaz Penjaga Gawang Harimau Malaya, Apek Bergelar Suami Kepada Leuniey
















Hari Ini adalah detik bermakna buat Apek/Khairul Fahmi che mat dengan menamatkan zaman bujangnya dengan Leuniey Natasha,

Tahniah diucapkan kepada Khairul Fahmi, dengan sekali Lafaz Pernikahan sudah pun bergelar suami Isteri bersama Leuniey

Setelah melalui pelbagai episod kontroversi Akhirnya mereka selamat diijabkabulkan di hari jumaat.

Konflik Keluarga: Bakal Bapa Mertua Apek Lahirkan Rasa Tidak Puas Hati, kenapa? Jom Terjah!!


Apek dan Leuniey bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini.
PETALING JAYA: Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.
Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.
Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.
"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.

Terkini!! Penyebaran Berleluasa Video Kenderaan Pacuan Empat Roda Kembara Oren Cuba Rempuh Peneroka FELDA, Benarkah?? Jom Terjah!!



Video ini pada mulanya telah dimuat naik ke dalam laman Facebook oleh seorang individu yang dipercayai salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku bernama Razali Zakari, bagaimanapun ianya telah hilang secara tiba-tiba..

Kurang pasti pula aku kenapa video ini samada telah dipadamkan atau di ‘Private’ kan.. tetapi apa yang jelas kelihatan ialah memang melintasi sekumpulan penyokong UMNO/BN dengan agak laju.. tapi sekatan tak kelihatan pun..


Terkini!!! Benarkah Anak Kepada Tokoh Agama Terkenal Memfitnah Kerajaan Negeri Kedah? Jom Terjah!!


Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.

Kerja Gila!!! 'Walid' Berusia 64 Tahun Rogol Gadis Bawah Umur Ketika Jalani Rawatan Buang Sihir.. Jom Terjah!!!



ALOR SETAR - Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.

Panas!! (Gambar2) Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'Terus Tersemban Ke Bumi' Walaupun Tawaran Cabutan Bertuah Dikatakan Berjumlah RM2 Juta.. Jom Terjah!!



Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit.
Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian.
Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka.

Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal Dunia.. Takziah Buat Keluarga Mediang..


Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.
gerakan ndc 311009 keng yaikDr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Terbaru!! Video Terkini - Kisah Sebenar Pergaduhan Di Sungai Petani Kedah 2012.. Jom Terjah!!


YDH Ketua Polis Kedah membuat kenyataan media berkaitan dengan beberapa kejadian di Sg. Petani berkenaan pergaduhan antara kaum
sidang media kes pergaduhan sungai petani berita betul pergaduhan di sungai petani kedah 2012
YDH Dato Ahmad Ibrahim menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai semua khabar angin yang banyak disiarkan di dalam media sosial
Kebanyakan berita yang disebarkan adalah tidak betul. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita yang tidak tepat dan hanya bertujuan membuat provokasi kepada orang ramai.

Lagi Perkembangan Berkaitan Insiden Pergaduhan Di Sungai Petani.. 36 Suspek Telah Ditahan.. Jom Terjah!!!


ALOR STAR, 20 Dis – Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim( gambar ).

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Terkini: Rusuhan Berkumpulan Di Sungai Petani.. Ini Perkembangannya.. Jom Terjah!!!



Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.
SUNGAI PETANI: Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam Selasa, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.
"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

Panas Berapai:Gambar2 Lebih 20 Ribu Rakyat Kedah Demostransi Membantah Projek Tebang Balak Depan Wisma Darul Aman.. Jom Terjah..



Kira-kira 20,000 orang ahli perkasa dan ahli pemuda umno buat demontrasi depan wisma, desak henti tebang balak......

Demo ini sehingga tak terkawal oleh polis dek kerana terlalu ramai orang buat demo....sehinggakan kereta pun terpaksa parking je akibat jalanraya sesak dgn kelibat peserta demo..

 Adakah Demo bantahan nie disebab kroni masuk tender tapi tak dapat konsesi balak ke?? (zaman BN dulu mana ada tender-2 balak ni, men bagi je kat kroni..)

he he he sajer je tanya... 




Kira-kira 20 ribu (20.000 orang) Pemuda Kedah berhimpun di tempat letak kereta Wisma Darul Aman membantah projek pembalakan yang dijalankan di negeri ini sekarang.

Menurut Ketua Pemudanya yang juga merupakan orang kuat Khairy Jamaludin iaitu Encik Badrul Hisyam Hashim, akibat kegiatan pembalakan maka banyak sungai-sungai tercemar. Bagimanapun beliau terlupa untuk menyebut bahawa sungai-sungai tu dah tercemar sejak zaman BN memerintah Kedah lagi.

Ini Bahananya : Bila Dewan Orang Ramai Dijadi Harta Merela..


Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
Abu Hassan (empat dari kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
BUKIT JENUN – Penduduk dari Kampung Bukit Jenun dekat sini membantah tindakan BN kawasan itu yang menjadikan dewan orang ramai di pekan Bukit Jenun sebagai bilik gerakan BN daerah mengundi Bukit Jenun P11 N19.

Satu laporan dibuat penduduk kampung yang diwakili Pengerusi Majlis Ketua-ketua (MKK) Bukit Jenun, Abu Hassan Shaari di Balai Polis Bukit Jenun baru-baru ini untuk diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.
<--more-->
Abu Hassan mendakwa, penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu adalah penduduk dari Bukit Jenun, Sungai Baru, Tanjung Radin, Alor Kumbang, Bukit Nibong, Tanjung Setol, Kampung Dohit, Paya Jenun, kampung Sawa dan beberapa penduduk dari Kampung berhampiran.

Katanya, tindakan BN kawasan itu menjadikan bilik gerakan parti itu begitu ditentang kerana dianggap menceroboh kerana dewan itu milik Kerajaan Negeri dan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


“Penduduk sedar perkara itu hampir satu bulan lalu selepas melihat kain rentang dan bendera dipasang sekitar kawasan dewan termasuk mengubah suai dewan itu,” katanya.

Dakwanya lagi, tindakan BN menjadikan dewan terbabit sebagai bilik gerakan parti itu menyebabkan penduduk kawasan itu tidak dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan kerana dalam dewan itu turut dilonggokkan bendera parti.

“Dewan itu milik orang ramai dan tindakan menjadikan bilik gerakan tanpa berbincang dengan penduduk dianggap menceroboh,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati ketika dihubungi berkata, beliau menyokong penuh tindakan penduduk di situ menghalang BN menggunakan dewan orang ramai untuk aktiviti politik mereka dalam jangka masa lama.

“Dewan itu milik orang ramai di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang dan BN kawasan itu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dewan itu untuk aktiviti politik dan saya harap penduduk mengambil tindakan undang-undang jika ia masih tidak selesai,” katanya.

PANAS! Inilah Video Terbaru Tun M Diajak Menari Bollywood Dengan Shah Rukh Khan.. Jom Terjah!!



Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas seramai 300 orang itu.


Bongkar!!! Siapa Dalang Pembuat Pelekat Bertulis ‘Najib Perdana Menteri Dok Rok Cetong. Kami Nok Muhyiddin’.. Jom Terjah!!!



Pelekat
Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

LIVE!! Terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perak.. Jom Ikuti!!!




LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak yang berlangsung pada malam ini bertempat di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

Selamat menonton Yoep!!!


Perkembangan Terkini!! Kecederaan Datuk K Selepas Terlibat Kemalangan Motorsikal Di New Zealand.. Siti Nurhaliza Sudah Tiba Di Sisi Suaminya.. Jom Terjah!!


Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza
SUSULAN kemalangan yang menimpa  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kelmarin, Datuk Siti Nurhaliza sudah tiba di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand yang merawat suaminya itu, pagi ini.

"Alhamdulillah... bersyukur sampai dengan selamat untuk perjalanan 27 jam... tak dapat menahan apabila suami asyik bertanya bila nak sampai... akhirnya... alhamdullillah Me di sisi B...," kata Siti dalam laman Twitter kira-kira 10.40 pagi tadi.

Terbaru & Gempar: "Anak Dr Haron Din" Ditangkap Polis Kerana Menipu... Jom Terjah!!!



INI DIA...mangsa memegang ‘batu petir’ yang dijual suspek.

SHAH ALAM: Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.


Panas Giler!!! Ketua Menteri Pulau Pinang "Main Api" Lagi... (Gambar2) Rumah Teras 2 Tingkat Bernilai RM500 Ribu Di Taman Buah Pala Punya Pasal.. Jom Terjah!!


Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

Terkini!! Perkembangan Datuk K Suami Kepada Penyanyi Tersohor Negara Terlibat Kemalangan Ketika Bermotosikal Di New Zealand.. Jom Terjah!!!

PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.

Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Panas!!! Popularnya Ustaz Don Hinggakan Ada Pihak Kata Ustaz Don "Mungkir Janji", Benarkah?? Jom Terjah!!


Ada Orang Kata Ustaz Don Mungkir Janji?

Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Panas Giler2!! Video: Kekejaman Bapa Tiri Memperlakukan Anak Seperti Binatang.. Jom Terjah!!



Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Gempar!! Pelakon, Fizo Omar Terima Tujuh Jahitan.. Jom Terjah!!




KUALA LUMPUR – Pelakon, Fizo Omar menerima tujuh jahitan akibat melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian kiri tangannya.

Pembedahan itu mengakibatkan Fizo tidak boleh melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu sehingga keadaannya kembali pulih sepenuhnya.

Syok Untuk Kakitangan Kerajaan: Tarikh Bayaran Bonus Disember 2012 Dan Januari 2013.. Jom Terjah!!!



Bayaran Bonus 2012 : Semasa pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? 

Ini kerana kerajaan telah melakukan pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dikirakan sekali sebagai hadiah untuk kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2013 walaupun ketika itu ia sudah diberikan. Bakinya…

Sedih!! Pelakon Veteran Berstatus Datuk & Isteri Diarahkan Keluar Rumah Oleh DBKL Kerana Hutang.. Jom Terjah!!



Biarpun memiliki gelaran 'Datuk' satu gelaran yang diimpikan oleh kebanyakkan ahli-ahli politik terutamanya dari PKR.. 

Tanpa wang untuk membeli kuasa dan tanpa kuasa untuk menjana kewangan inilah jadinya.. tiada penghormatan untuk dirinya.. meskipun beliau mempunyai gelaran 'Datuk'..

Dalam masa yang sama ini juga adalah bukti kejayaan pemimpin UMNO/BN dalam memperjuangkan nasib Melayu setelah lebih dari 50 tahun berkuasa..

Yang bertambah kaya pemimpin UMNO dan Kroninya.. yang bertambah miskin papa kedana golongan marhaen yang kononnya nasib mereka diperjuangkan oleh pemimpin UMNO..

BN Bakal Terima Hukuman PRU 13 Nanti.. Anak Samy Vellu Menempelak PM Hj Najib.. Jom Terjah!!



Parah, parah...

Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib Altantuya aku boleh terima lagi.

Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim Zionis Umno sendiri, MIC!

S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib Altantuya yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).

(GAMBAR2) Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus, Jejaka Arab.. Jom Terjah!!

Dengan sekali lafaz Betty Banafe selamat menjadi isteri kepada Bruce Dargus yang telah berlangsung pada pukul 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.Gambar Majlis Pernikahan Betty Benafe & Bruce Dargus.
 
Betty Banafe Dan Bruce Dargus dimajlis pernikahan 

Syabas!!! Zahrain Telah Kembali Sertai Umno Semula,



Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor.

Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Terkini!! Ustaz Azizan, MB Kedah Buat Kecoh Lagi, UMNO Makin Meracau Untuk Jatuhkan MB Ku Ini.. Jom Terjah!!


(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)

ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.

Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.

"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Dari Allah Kita Datang, Kepada Dia Juga Kita Kembali.. Al Fatihah Buah Allahyarham Abdullah Omar, Bekas OCPD Slim River..



Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis.

Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi.

Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Terkini!!! Umno Kedah Takkan Mampu Dapat Semula Perintah Negeri Kedah... Himpunan Kebangkitan Rakyat Sebagai Bukti... Jom Terjah!!!!


Alhamdulillah seperti dijangka lebih 50 ribu membanjiri padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk negeri Kedah. Sejak petang ribuan rakyat Kedah sudah membanjiri tempat perhimpunan mengisi program santai anak muda bersama Ustaz Azhar Idrus.

Selepas solat Maghrib berjemaah orang ramai mengadakan Solat Hajat memohon Allah SWT memberi kemenangan untuk perjuangan Islam. Solat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Kemuncak ceramah di sebelah malam ialah ucapan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu dan YB Lim Kit Siang.

gambar2 di bawah:

LIVE: Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar.. Jom Ikuti...


Siaran Langsung


Berapi: Gabungan Berantai Ini Bakal Membuatkan PM Haji Najib Kecundang Dalam PRU 13 Nanti.. Jom Terjah!!




Pendedahan mengejutkan bekas rakan perniagaan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi bagi menutup penglibatan perdana menteri Najib Altantuya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

Tidak lama selepas itu, bekas ketua polis negara, Musa Hassan pula tampil dengan kenyataan mengerikan membuatkan lidah Najib Altantuya kelu untuk menjawab dan hanya berani mengucapkan takziah kepada penuntut Malaysia yang meninggal dunia di London pagi tadi di Twitter.

Panas Dan Terkini!!! PM Haji Najib BATAL Majlis Pecah Tanah Di Pulau Pinang.. Kisah Sebenar, Jom Terjah!!




Nampaknya parti yang 'dipilih Allah' seperti mana yang didakwa ketua penerangan pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican ini semakin 'tidak dipilih' rupanya!

Setelah heboh dicanang media pencacai rejim Zionis Umno ke seluruh negara, perdana menteri Najib Altantuya dikatakan tidak akan hadir ke satu majlis yang dirancang sebegitu lama di Pulau Pinang esok!

Maklumat ini disahkan sendiri menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), UDA Land (North) Sdn. Bhd., yang menyebut majlis pecah tanah pembinaan Warisan Tanjong di Tanjong Tokong yang sepatutnya dirasmikan Najib Altantuya esok, terpaksa dibatalkan kunun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bekas Suami Abby Abady Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki Dengan Isteri Barunya.. Jom Terjah!!!


Memey dan Norman bakal menimang cahaya mata lelaki pada Februari depan.
PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan memberitahu suaminya, Norman Hakim adalah insan paling teruja apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak lelaki.
Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.
"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Panas!! MB Negeri Sembilan Bagi Amaran Keras Buat Ahli UMNO Untuk Keluar Parti.. Jom Terjah!!


Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN – Ahli-ahli Umno di Negeri Sembilan yang tidak berminat lagi untuk bersama parti itu disaran membuat keputusan awal untuk keluar parti.
Amaran keras berkenaan disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengalu-alukan golongan terbabit berbuat demikian daripada berterusan menjadi ‘musang berbulu ayam’ yang boleh melemahkan parti.
Beliau turut mendedahkan terdapat ahli Umno di peringkat cawangan yang dikesan secara terangan berdiri di atas pentas pembangkang selain turut berkempen untuk menjadi calon bagi parti pembangkang, sekalipun masih ahli Umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.