Gempar!! Pelakon, Fizo Omar Terima Tujuh Jahitan.. Jom Terjah!!




KUALA LUMPUR – Pelakon, Fizo Omar menerima tujuh jahitan akibat melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian kiri tangannya.

Pembedahan itu mengakibatkan Fizo tidak boleh melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu sehingga keadaannya kembali pulih sepenuhnya.


Menerusi Mstar, Fizo memberitahu dia dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan.

“Saya pun tidak sedar sejak bila ada ketumbuhan ini. Tiba-tiba ada satu benda bulat pada bahagian tangan kiri saya.

“Sebelum ia merebak menjadi penyakit yang lebih serius, doktor menasihati saya supaya menjalani pembedahan,” katanya pada sidang media kedua pementasan teater Ali Baba di Istana Budaya, semalam.

Ujar Fizo, ketumbuhan itu bukanlah penyakit yang serius dan para peminat tidak perlu risau mengenainya.


Dalam pada itu, Fizo yang merupakan salah seorang daripada pelakon teater berkenaan, berkata setakat ini latihan untuk pementasan itu berjalan lancar.

“Pengalaman menjalani teater ini cukup menyeronokkan dan saya yakin penonton akan terhibur,” katanya.

Selain Fizo, teater muzikal yang akan dipentaskan dari 21 hingga 29 Disember ini turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Aznil Nawawi, Elfira Loy dan Najwa P. Ramlee.-mstar


beritamy.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.