YDH Ketua Polis Kedah membuat kenyataan media berkaitan dengan beberapa kejadian di Sg. Petani berkenaan pergaduhan antara kaum
YDH Dato Ahmad Ibrahim menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai semua khabar angin yang banyak disiarkan di dalam media sosial
Kebanyakan berita yang disebarkan adalah tidak betul. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita yang tidak tepat dan hanya bertujuan membuat provokasi kepada orang ramai.
Setakat ini, seramai 36 orang telah di tangkap untuk siasatan dan ada juga akan dituduh di mahkamah. Pihak polis mengesahkan keadaan di Sungai Petani adalah terkawal
Tiada kematian yang berlaku seperti yang didakwa tetapi ada berlaku kecederaan dan mangsa juga telah balik ke rumah selepas menerima rawatan
Pegawai dan anggota polis telah melakukan kawalan dan mengambil tindakan kawalan keselamatan bagi mengawal ketenteraman awam
Ketua Polis Kedah juga menasihati anak muda agar tidak bertindak mengikut emosi dan patuhilah undang-undang yang ada
Bersama-samalah kita mengekalkan keamanan yang telah wujud sekian lama
Video laporan rasmi insiden dan temubual bersama orang awam yang di muat-naik di laman youtube oleh Polis Kontinjen Kedah
salam bro .. saya nak mintak bantuan ckit leh x?? pasal saya nak uat exchange bloglist ngan bro , bro punye blog saya dh letak kt bloglist saya .. ty bro ,,,http://zamrispoon.blogspot.com/
ReplyDelete