NEW DELHI 18 Mei - Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke atas penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium Wankhede Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.
Pihak persatuan itu membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan kerana mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu selepas satu perlawanan pada hari Rabu.
Bagaimanapun pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders itu mempertahankan tindakannya kerana marah melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium.
Bintang Bollywood itu menafikan yang dia berkeadaan mabuk pada masa itu.
Ini membawa kepada pertengkaran di antara pegawai persatuan dengan penyanyi tersebut yang berkesudahan dengan larangan selama lima tahun ke atasnya. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment