Heboh Giler..Apa Sebenarnya Terjadi Dengan Sendayu Tinggi.. Produk Pelangsing Ada Racun Berjadual Dirampas... Ini Jawapannya..

Sendayu Tinggi Mohon Maaf, Tak Tolak Kemungkinan Disabotaj
KUALA LUMPUR – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. hari ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan syarikat itu secara langsung dalam membuat produk minuman pelangsing yang membahayakan pengguna.
Sebaliknya, Pengarah Urusan syarikat itu, Rozita Ibrahim berkata, ia merupakan kesalahan pembekal pakar pemakanan yang dilantik oleh syarikat terbabit dalam menguruskan produk minuman pelangsing berkenaan.
Sendayu Tinggi Nafi Terlibat
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.
“Saya juga bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf kepada kita atas kejadian tersebut.
“Oleh itu, buat sementara waktu, pihak syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selesai kira-kira dua minggu lagi,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.
Tambah Rozita, pihak Sendayu Tinggi turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat untuk digunakan.
Beliau berkata, pihaknya hanya membekukan jualan produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan manakala pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat itu di pasaran.
“Selepas ini, kita (sendayu Tinggi) akan membuat analisis dan penyelidikan yang lebih terperinci ke atas produk-produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan mahupun produk.
Menurut Rozita, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.
Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk terbabit, Naziera Jaafar turut tampil memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.
Katanya, melalui akta pemakanan, tiada keperluan untuk membuat penyelidikan, analisis dan kajian Sibutramine dalam prosedur penyediaan produk makanan.
“Namun, kesemua bahan mentah yang kami perolehi adalah dari pihak pembekal ketiga dan tidak mustahil sekiranya berlaku sabotaj dalam campuran bahan tersebut hingga mengandungi bahan terlarang,’’ katanya. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.