Moga Cepat Sembuh: Tun M Jalani Pembedahan, Masih Ditahan Di Wad



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan "nasal polyps" di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pagi tadi.

Pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi tadi itu dilakukan pasukan perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Consultant ENT Surgeon
PPUKM), Prof Dato BS Gendeh (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Joanna Ooi(Consultant Anaesthesiologist, PPUKM) and Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Consultant Anaesthesiologist, IJN).
Dr Mahathir kini di bawah pemerhatian di wad biasa dan dijangka berada di hospital itu untuk beberapa hari lagi.

Lawatan kini dihadkan kepada anggota keluarga saja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.