Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA
16 April 2012
KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.
"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama.
Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju.
"Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya. – Bernama

0 comments:
Post a Comment