Video Jaringan: Kedah Sudah Mendapat Rentak Permainan: Import Baru Mengganas, Sarawak Dijinakkan Di Laman Sendiri.. Tahniah!!!



Foto: Mohd Gustie | DS Sarawak

Vedran Gerc meledakkan 2 gol untuk membenam Sarawak di lubok sendiri. Sarawak 0-2 Kedah...Pemain import dari Croatia ini baru sahaja menandatangani kontrak setahun kelmarin untuk bersama pasukan bola sepak Kedah.

Dalam temubual ringkas bersama Azmizi Azmi pemain pertahan Kedah selepas perlawanan melalui BBM, beliau amat berpuas hati dengan prestasi rakan-rakan yang lain.

Apabila ditanya siapakah 'man of the match' (MOTM), lantas beliau tanpa teragak-agak mengatakan semua pemain pada malam ini layak dinobatkan sebagai MOTM. Di akhir perbualan tanpa ragu-ragu beliau telah menamakan rakan sepasukan yang baru, VERDAN GERC 14 sebagai MOTM pada perlawanan malam ini.

Menurutnya, sumbangan Verdan amat penting ketika barisan tengah Kedah mengharapkan seorang penyerang tulen yang dapat merobek gawang lawan. Tambahnya, dengan kehadiran Verdan, Khyril dilihat bebas bergerak dari kiri dan kanan serangan untuk membuat lorongan kepada penyerang utama.

Akhir kata beliau mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan penyokong yang tidak putus menyokong beliau. Panggilan mewakili skuad Harimau Malaya amat bererti buat beliau dan keluarga.

::Berita KFA::
 @hijaukuning.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.