Syabas Saman MB Selangor Dan MP Petaling Jaya Utara... Ada Betul Ka???

PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parliman Petaling Jaya Utara, Tony Pua memberi arahan kepada peguam masing-masing bagi berhadapan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Abdul Khalid menerusi kenyataan medianya memberitahu, beliau akan diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala peguam Gobind Singh Deo akan mewakili Tony.

Selain itu, Abdul Khalid juga memberitahu, peguam-peguam tersebut telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan.

Beliau juga mempersoalkan niat Syabas memfailkan saman tersebut ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air masih belum selesai.

“Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Program Air Percuma Untuk Semua Peringkat Umum (Tabung Budi).

“Kerajaan Negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk Syabas perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan,” kata Abdul Khalid.

Sebuah portal berita pada Selasa, melaporkan bahawa Syabas telah memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Khalid dan Tony berhubung kenyataan yang dikeluarkan mereka terhadap syarikat itu.

Writ saman tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada Abdul Khalid dan Tony pada 11 Februari lalu.

Kes tersebut disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, dan kedua-dua pemimpin dari Pakatan Rakyat itu diberikan masa sehingga sebulan untuk menyediakan pembelaan.

Abdul Khalid disaman berhubung kenyataan yang didakwa dikeluarkannya pada tahun lalu berhubung isu Tabung Budi yang dilancarkan oleh Syabas pada 22 Oktober 2010.

Sementara itu, saman terhadap Tony pula melibatkan kenyataan media yang dikeluarkannya baru-baru ini di sebuah media Berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau Press.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.