Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.
Mahkamah juga dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.
Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.
Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
LAPORAN LANGSUNG
10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong.
Mahkamah berehat seketika.
10.02am: Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.
9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.
"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”
"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' lieat,” kata doktor itu ketika ditanya.
9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.
9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam. Giliran DPP Datuk Nordin Hassan memulakan soal balasnya pula.
Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.
9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.
9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.
Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.
Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.
9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.
9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.
Dr Khairul Nizam bersetuju.
9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".
9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.
Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.
Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng, kata Dr Khairul Nizam.
9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawat ketika kejadian liwat itu.
"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.
8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.
Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.
"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.
Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.
8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.
Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.
Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.
Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.
8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
0 comments:
Post a Comment