3 jam bersembang dengan Shah Rukh Khan - KM Melaka Bakal Jadi Pelakon?


Shah Rukh Khan (kiri) bersama Mohd. Ali Rustam dengan aksi istimewa di Sungai Udang, Melaka, semalam.


MELAKA 15 Feb. - Sungai Udang di sini, bakal melakar sejarah dalam industri perfileman antarabangsa apabila kawasan tersebut terpilih antara lokasi penggambaran filem Bollywood terbaru lakonan Datuk Shah Rukh Khan.

Bintang terkenal Bollywood itu tiba di ibu negara Ahad lalu bagi menjalani penggambaran filem Don 2 di Malaysia selama sebulan dengan lima hari penggambaran dibuat di Melaka.

Selain Melaka, Shah Rukh Khan bersama heroin filem tersebut, Priyanka Chopra yang merupakan bekas ratu cantik dunia dan 60 krew filem itu berada di sekitar Sungai Udang bagi menjalani penggambaran filem aksi itu.

Shah Rukh Khan ketika ditemui pemberita memberitahu, Melaka sudah dianggap seperti rumah kedua baginya.

Kata beliau, keadaan persekitaran negeri ini yang indah, menarik minat pengusaha filem Bollywood memilih Melaka sebagai lokasi penggambaran khususnya filem romantik.

"Oleh kerana kebanyakan kawasan tepi sungai di negeri ini cantik, alangkah sesuai jika sebuah filem romantik dibuat di sini," katanya.

Don 2 mengisahkan lakonan Shah Rukh Khan sebagai Don iaitu anggota polis yang menyamar dalam sindiket penyeludupan dadah manakala Priyanka melakonkan watak teman wanita Don sebagai Roma.

Pelakon tempatan, Ady Putra yang terkenal dengan beberapa drama dan filem tempatan seperti Anak Halal dan Histeria turut terpilih memegang watak sebagai peguam dalam filem lakonan Shah Rukh Khan itu.

Turut meninjau lokasi penggambaran filem Don 2 ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meluangkan masa kira-kira tiga jam beramah mesra dengan aktor tersebut yang sebelum ini terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.