You Tube Haram: USM Sekat Elak Kesesakan Talian Bukan Salahguna

Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan tindakannya menyekat laman perkongsian video popular YouTube di kampusnya bukanlah kerana berlaku salah guna bagi tujuan pornografi, sebaliknya ekoran kesesakan dalam talian.

Timbalan pendaftar USM Mohamad Abdullah berkata secara umumnya penyalahgunaan internet bagi tujuan melayari laman lucah tidak lagi berlaku di universiti kerana mahasiswa kini semakin matang.

"Dulu benar orang gila (laman lucah). Tetapi sekarang orang sudah tidak peduli.

"Lagi pun di Pulau Pinang ini, VCD (lucah) berlambak. Buat apa dia hendak tengok di internet," katanya ketika ditanya kewajaran tindakan USM menyekat beberapa laman tertentu.

lelaki komunis 060506 amir muhammadSebelum ini, seorang pengarah filem Amir Muhammad (kanan) secara sinis menulis dalam lamanTwitter beliau, mengajak pengguna laman blog mikro itu berkongsi pendapat tentang "regim autokratik di manaYouTube diharamkan."

Beliau antaranya menamakan tempat terbabit, iaitu, China, Burma dan USM.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Mohamad menjelaskan USM tidak berniat langsung mengharamkan atau menyekat mana-mana laman.

"Cuma kadang-kadang mereka gunakan
YouTube untuk download (muat turun video)," katanya sambil menegaskan penggunaan internet terlalu besar di kampus terbabit.

"Kita terpaksa sekat supaya urusan rasmi (menggunakan internet) tidak terganggu."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.