Rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Sarawak memaki-hamun dan menumbuk gurunya tersebar melalui Youtube.
Melalui rakaman, guru terkena tumbukan terbang pelajar terbabit. Silapnya guru tersebut tidak bersedia dan hanya menyilang tangannya ke belakang dan kuda-kudanya juga tidak mantap. Pihak kesatuan tentunya akan menyalahkan guru juga seperti di Buletin TV3 semalam.
Jadi guru juga perlu ilmu mempertahankan diri. Tujuannya adalah untuk mengelak dari terkena tumbukan ‘free’ pelajar. Pelajaran elak-mengelak penting untuk guru. Ini kerana kalau terkena tumbukan pelajar, guru tak boleh ‘bubuh’ semula pelajar terbabit, walaupun guru berkemampuan melakukannya. Kalau guru ‘bubuh’ juga, guru tetap akan dipersalahkan walaupun guru yang terkena dahulu.
Jadi kepada guru-guru, kedudukan kuda-kuda perlu kuat dan perlu bersedia menangkis serangan pelajar. Kalau terkena tumbukan ‘free’ pelajar, bila pula kita akan berpeluang membalasnya, walaupun terasa ingin 'membubuhnya' juga. Takkan kita membiarkan diri kita ditumbuk. Jadi tangkis-menangkis menjadi keutamaan.
Jadi guru juga perlu ilmu mempertahankan diri. Tujuannya adalah untuk mengelak dari terkena tumbukan ‘free’ pelajar. Pelajaran elak-mengelak penting untuk guru. Ini kerana kalau terkena tumbukan pelajar, guru tak boleh ‘bubuh’ semula pelajar terbabit, walaupun guru berkemampuan melakukannya. Kalau guru ‘bubuh’ juga, guru tetap akan dipersalahkan walaupun guru yang terkena dahulu.
Jadi kepada guru-guru, kedudukan kuda-kuda perlu kuat dan perlu bersedia menangkis serangan pelajar. Kalau terkena tumbukan ‘free’ pelajar, bila pula kita akan berpeluang membalasnya, walaupun terasa ingin 'membubuhnya' juga. Takkan kita membiarkan diri kita ditumbuk. Jadi tangkis-menangkis menjadi keutamaan.
Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin
[BH] KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.
Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.
Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.
Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan,berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.
“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.
“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,”katanya.
kes ini memang berlaku di kawasan pedalaman...tapi iman sapa x tercabaq kalu cakap dgan tangan dan kaki......kira2nya cikgu tu perlu diberi pghormatan kerana rela dirinya dimaki dn dipukul..kalu budak tu cakp ngan kurang ajar mcm tu dgn aku....siapla.....engkau...!!
ReplyDeleteZaman la ni mana ada orang nak bela guru...guru mengAJAR salah, tak mengAJAR pun salah. Tak kan nak biaq je diri dibakar macam lilin. Dulu boleh la...La ni budak-budak dah jadi kurang ajar. Guru 'bantai' budak-budak sebab depa salah guru yang salah, budak-budak 'bantai' guru pun guru juga yang salah. Mana peranan NUTP, PIBG dan KPPK untuk membela nasib guru...Kalau setakat nak jaga jawatan lebih baik tak payah dok kattempat tu....
ReplyDeleteaskm bg pendapat sy...sebaik buruk cikgu tu,,kite perlu juga ada rasa hormat.walu pun kita tidak mentukai sikap cikgu tersebut,tambahan lagi cikgu tu dah lama menjadi seoranag guru yg penah mangajar beribu2 murid..mmg kita x nafi de segelintir cikgu yg mmg x bleh di guna pakai SEGELINTIR .tp title cikgu aalah melambangkan sesuatu yg murni dan dibanggakan,,,kapda para2 pelajar tlong beradap walu pun anda x suka mane cikgu di skolah kamu,,tidak berkat ilmu kamu jika cikgu tidak menghalalkan sgala ilmu ygdicurahnya,,,
ReplyDelete