Timb. Presiden PKR Akan Umumkan Pendirian Pertahan Jawatan Dalam Masa Terdekat..


August 15, 2010

Syed Husin: Perbincangan masih diadakan. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Senator Dr Syed Husin Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada mahu mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) “secara muktamad” pada masa yang sesuai kekal.

“Soal itu akan saya jawab secara muktamad bila sampai waktunya,” kata Syed Husin menerusi SMS menjawab soalan sama ada mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti kali ini ini.

Pengumuman beliau dilihat oleh banyak pihak dalam parti sama ada bakal menyaksikan saingan sengit kali ini ataupun sebaliknya.

Beberapa nama disebut-sebut akan bertanding merebut kerusi tersebut.

Mereka ialah Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, antaranya Dr. Muhammad Nur Munaty.

Bagaimanapun sehingga belum ada pihak yang tampil mengesahkan pendiriannya.

Pertengahan minggu lalu, anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan.

Azmin Ali yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan nombor dua itu belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu.

“Perbincangan masih diadakan,” kata beliau ringkas menerusi SMS sebekum ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan.

Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut.

Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini Syed Husin berkata, beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan.

Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.