PKR Tawar Timb. Menteri Pendidikan Ketuai Kaukus Siswa Berpolitik

Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik.

"Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit9 (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, walaupun Saifuddin merupakan seorang pemimpin tinggi Umno, tetapi mereka masih bersedia untuk bekerjasama dengan timbalan menteri itu bagi mencapai matlamat tersebut.

Saifuddin
lantang menyatakan bahawa mahasiswa harus dibenarkan menyertai politik walaupun para pemimpin Umno yang lain berpendirian sebaliknya.

Cadangan supaya mahasiswa dibenarkan menyertai politik semakin mendapatkan perhatian selepas keputusan kerajaan menarik balik larangan dan membenarkan guru lulusan universiti menyertai politik.

Nurul Izzah menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan wakil rakyat PKR menghandiri seminar perspektif muda dalam hal ehwal semasa.

Seminar tersebut, anjuran Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen), dihadiri oleh hampir 80 mahasiswa dan profesional muda yang membahas pandangan mereka tentang hal-hal seperti pendidikan, ekonomi dan urustadbir.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.