Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.
Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.
Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.
Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan.
Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor.
Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.
"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.
Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.
"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.
Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.
"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.
Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.
0 comments:
Post a Comment