Johan dipecat serta merta dari Umno selepas jadi calon bebas

HULU SELANGOR, 17 April: Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan , 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

WarkahDaily - Umno terpaksa pecat Johan kerana takutkan MIC. Tapi bagaimana jika Johan ditakdirkan menang, apakah Umno sedia menarik balik keputusan memecat Johan dari Umno?

Mungkin penyokong Umno kawasan itu berbelah bahagi samada memberi sokongan kepada calon MIC-BN atau calon Umno-Bebas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.