1. Johan Md Diah - Bebas
2. P. Kamalanathan - BN
3. VS Chandran - Bebas
4. Datuk Zaid Ibrahim - PKR
11.01 am: Tempoh bantahan berakhir. Pengumuman calon2 bertanding pada bila-bila masa dari sekarang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dilaporkan cedera akibat terkena kawat berduri dalam keadaan berasak-asak ketika memasuki pekarangan pusat penamaan calon, sebentar tadi.
Seorang anggota polis juga terjatuh ketika cuba mengawal keadaan.
Mereka kini diberi rawatan segera oleh petugas perubatan di sini.
9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan
Sehingga tamat tempoh kemuka borang pencalonan 10 pagi ini, hanya tiga calon kemuka borang masing-masing bagi bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Mereka ialah calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon Bebas, VS Chandran dan
Johan Mohd Diah (Bebas). Kini SPR sedang menjalankan proses bantanan pencalonan selama sejam sehingga 11 pagi.
Jika tiada bantahan, SPR dijadual mengumumkan pengesahan pencalonan, kira-kira jam 12 tengah hari ini.
10.20Pagi: Kekecohan tercetus apabila bekas ahli MIC, J.Anuradha gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon.
Beliau mendakwa pihak polis tidak membenarkannya masuk dan menyerahkan borang tersebut.
10-11pagi: Waktu bantahan
11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon
9.40 am : Calon Bebas VS Chandra kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan
9.31 am : Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.
9.30 am: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.
9.22 am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.
9.10 am : Calon BN P Kamalanathan, yang memakai songkok, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.
9.05 am - Penyokong PR melaungkan "Umno APCO" ke arah polis.
9.02 am - Zaid Ibrahim masuk ke dewan dengan pencadang dan penyokong. Calon BN belum tiba.
9.01 am - Polis membentuk satu kepungan di depan penyokong PR yang enggan beralih.
9.00 am - Kekecohan kecil berlaku di antara polis dan penyokong PR selepas penypokong PR melepasi kawasan masuk yang diuntukkan kepada BN.
9.00 am - Pegawai SPR Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan masa penamaan calon bermula.
9.57 am - YB Nizar Jamaluddin disambut dengan laungan, diikuti pemimpin DAP Lim Kit Siang.
8.55 am - Zaid Ibrahim diiringi Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim & lain-lain pemimpin bergerak menuju dewan.
8.44 pagi: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.
8.35 pagi: Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.
Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.
Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".
8.31 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan
8.23 pagi: Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.
8.43 am - Calon BN P. Kamalanathan kelihatan bersama Presiden MIC Samy Vellu.
8.42 am - Presiden PAS Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub tiba.
8.40 am - Kawasan penyokong BN agak sepi di satu sudut berhampiran Pusat Penamaan Calon. Calon BN P. Kamalanathan sydah sampai.
8.37 am - Penyokong PR melaungkan "Reformasi", "Hancur BN"
8.30 am - Ribuan penyokong PR tiba di luar
8.25 am - Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba.
8.20 am - Anwar Ibrahim & MB Selangor Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon Kuala Kubu Baru.
Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.
Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.
Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
0 comments:
Post a Comment