Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad
yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah
Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti
yang baharu.
"Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus... lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.






