Terkini!!! Tun Dr Mahathir Vs Speaker Dewan Rakyat: Siapa Bercakap Benar? Ini Pendedahannya.. Jom Terjah!!!


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkemungkinan "berkecil hati" susulan kekurangan kelengkapan dalam pejabatnya, sehingga mengakibatkan beliau ingin melepaskan jawatan tersebut. 

Menjawab soalan ketika pelancaran buku bertajuk "Dr Mahathir: Selected Letters to World Leaders" bahagian 2 di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, perkara itu dibangkitkan Pandikar ketika bertemu dengannya sebelum ini.

"Beliau mengaku ada berjumpa saya. Bukan saya suruh beliau berjumpa saya. Beliau jumpa saya kata tidak puas hati dengan kerajaan.

"Beliau kata nak bersidang, beliau akan beritahu perdana menteri beliau ingin lepas jawatan.
"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, tindakan Pandikar, yang masih mempengerusikan mesyuarat di Dewan Rakyat dan bercanggah dengan kenyataannya untuk meletakkan jawatan seolah-olah melihatkan dirinya seperti "penipu".

"Dia (Pandikar) memalukan saya dengan kata dia tak resign. Dia datang jumpa saya, dia cerita perasaan tidak puas hati dengan Najib. 

Mahathir Dedah Rahsia Speaker Dewan Rakyat? 

"Dia kata tak jadi speaker dah, dia cerita tidak puas hati layanan Parlimen sebagai speaker. Apa yang perlu dia buat, dia kata bagi surat dah kat Najib nak letak jawatan," kata Dr Mahathir. 

"Dia kata macam saya ini bohong, tak baiklah".

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, Pandikar sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Sabtu menafikan dakwaan Dr Mahathir itu. 

"Berita tersebut adalah tidak benar, kalau ada sudah tentu pelaksanaannya dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi setiausaha Dewan Rakyat juga sudah mengesahkan perkara itu tidak benar," katanya kepada The Malaysian Insider.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.