SHAH ALAM: Tindakan Mohd Hasrul yang 'berselfie' di atas pentas ketika
Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-82 disifatkan
sebagai melanggari protokol universiti.
Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata demikian memetik kenyataannya di alumniuitm.org.
"Saya menegaskan bahawa 'decorum' ataupun ketertiban amatlah perlu bagi
warga UiTM dan menolak sepenuhnya budaya tersebut," ujarnya tegas.
Menjelaskan kejadian itu, Arshad ada menyuruh siswa berkenaan mengulangi
semula tertib menerima skrol di atas pentas dengan menyuruhnya berundur
beberapa langkah, sebagai tanda menghormati majlis.
Selfie berkenaan sejak beberapa hari lalu tersebar meluas di laman-laman sosial.
0 comments:
Post a Comment