AIB!!! "Ingat Masa Tun M Tiada Masalah. Zaman Dia Lagi Banyak Masalah...": PM Hj Najib Bidas Tun M.. Jom Terjah!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

"Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus... lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.

"Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun...kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas... dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?," katanya pada majlis sepetang bersama veteran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti.

"Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita," katanya.

Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.

"Kita nak jaga parti... parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan Umno, sayangkan Umno. Kalau kita ada masalah kita betulkan, kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan termasuk 1MDB," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.